Memori Kehidupan Aspirasi Perjuangan

Just another WordPress.com site

Hidayah itu milik Allah

Leave a comment


Assalamualaikum wrh wbkth.

Syukur kepada Allah , kerana dengan kita diberi kurniaaNya, Selawat ke atas Nabi SAW, Tuhan semesta Alam,

Allah menegaskan dalam Al-Quran, ” Bukan kewajipan kamu(Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah -lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki(al-baqarah:272)

Sesungguhnya ,Engkau Muhammad tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberikan petujuk kepada mereka yang dikehendaki , Dia lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mahu diberi petunjuk ” (Al-Qasas:56)

Dalam Tafsir Ibnu Kathir : diriwayatkan oleh Al-Musaiyyab, ketika Abu Talib sedang nazak, Rasulullah SAW pergi berjumpa dengannya, dan  di saat itu, Abu Jahal sedang duduk di sisinya. Rasulullah SAW berkata ” Wahai Bapa Saudaraku, Ucaplah la ilaha ila Allah, satu ucapan yang mempertahankan aku dalam kes mu jika menghadap Allah nanti. Di Saat itu , Abu Jahal dan Abdullah bin Umaiyyah berkata ” wahai Abu Talib, adakah kamu sanggup untuk meninggalkan agama Abdul Mutallib??? Lalu Abu jahal dan Abdullah bin Umaiyah terus menerus berkata dan membisikkan kalimah itu kepada Abu Talib..Pada saat terakhir, Abu Talib berkata ” aku masih dalam agama nenek moyang ABu Muttalib”. Dan Rasululah SAW berkata “aku akan terus meminta pengampunan daripada Allah atau aku dilarang melakukan sedemikian”.Dan turunnya ayat ini.

Dalam sahih Bukhari ” Allah berkata ” wahai Muhammad , kamu tidak boleh memberikan petunjuk kepada kamu suka tetapi Allah saja yang boleh memberikan petunjuk.” 5/3884.

Dalam hidup seharian, manusia tidak boleh dihukum kerana kesalahannya, hukuman syurga atau neraka, kerana kita tidak tahu dimana pengakhirannya. Tetapi di sana ada hak-hak atau batas syara’ yang membatasi setiap apa yang kita buat. Konsep amal makruf mesti dijalankan bagi membasmi suasana yang sempurna dan terjaga.

Maha suci Allah yang memberikan petunjuk kepada sesiapa sahaja. Jika dilihat artis-artis yang mana pekerjaan mereka sangat hampir dengan melakukan ma’siat, pegang itu dan ini, yang tidak halal bagi mereka semata-mata mereka mencari sesuap nasi. Dan Allah sapa mereka dengan kesakitan , dengan sapaan hidayah, mahu berubah ke arah yang lebih baik, maka mereka berubah dengan mendapat hidayah dari Allah.

BUKAN KERJA KITA TAPI KITA PENGANTARANYA

Analoginya, jika kita mengambil peperiksaan, kita mungkin akan berjaya dan mungkin juga tidak berjaya. Entah berapa ramai orang yang tiada pegangan agama membunuh diri jika dia sudah berusaha untuk exam , akan tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Begitu juga hidayah. Manusia harus berusaha untuk menjadi perantara hidayah , tetapi yang memberikannya, Tetap Allah Rabul Jalil.

Tidak semestinya, tetapi wajib.

Wajib berdakwah tetapi tidak semestinya orang yang kita dakwahkan itu mendapat hidayah.

Lihat apa yang berlaku , Bob Lokman, Catriona Ross. Mereka telah berhijrah. jika ikutkan, macam-macam cerita yang menyebabkan mereka berhijrah ke arah yang lebih baik.

Salam Hijrah 1433 H

tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. “Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. “Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu,” katanya sambil menghela nafas panjang. Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala. “Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya. “Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? “Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

Author: Hanif

Seorang pengamal perubatan.. Seorang hamba yang masih mencari saki-baki kehidupan , iman dan taqwa adalah pra-syarat menemui cinta hakiki.

Leave a comment